7 Tips Urus Wang Secara Bijak Untuk Pengantin Baru

Amboi meriah juga Fesbuk gua ni dihujani dengan gambar pasangan yang baru berkahwin. Tahniahlah la gua ucapkan. Selamat pengantin baru.

Maka, bermulalah tanggungjawab korang sebagai suami isteri yang sah. Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin je. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin. Jangan masa kahwin makan sedap-sedap, kek lima tingkat dah sebulan kahwin asyik makan megi je.

Yang dah tunang tu boleh baca juga untuk panduan di masa depan. Kau tag la pakwe kau. Jangan asyik duk tag post benda-benda sweet je kat kau pakwe kau. Kewangan dia biar power dulu kalau nak jadi ketua keluarga.

Berikut ada 7 panduan buat pasangan muda yang baru berkahwin :
.

1. Beli Rumah Yang Kecil Dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga kau terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada kau duk menyewa sampai ke tua. Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, kau pun nak ikut juga. Padahal kau tak tahu berapa gaji dia sebulan.

Kalau isteri bekerja. Gaji isteri guna untuk beli rumah untuk pelaburan. Sekurang-kurangnya kau sekeluarga ada aset untuk masa hadapan.

2.Beli Kereta Yang Kecil Dahulu

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga kau masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga kau.

Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan kau. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain. Kebiasaannya kau akan beli lebih daripada dua kereta dalam hidup kau. Kereta pertama kereta terpakai pun okay. Kereta terpakai bukan dosa.

3. Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan

Belanja ikut ekonomi kewangan sendiri. Bila kau tengok jiran kau beli kereta baru, kau rasa nak tukar kereta baru. Bila kau tengok kawan Fesbuk kau pergi travel oversea, kau menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Jangan nak berlagak kaya. Macam lah kau kaya sangah. Cehhh.

Seeloknya kau tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan. Kalau kau orang ada-ada takpe la. Ikut kau la nak buat apa pun.

4. Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu

Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga kau.

Jangan berhutang semata-mata nak beli perabot dan perkakas elektrik. Duduk bersila bukan dosa. Makan bersila pun berselera juga bila masakan isteri kau padu. Tidur atas tilam lipat sedap saja bila berdua. Makan

5. Simpanan Untuk Masa Hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Tabung untuk kecemasan jangan lupa. Peruntukan juga untuk perlindungan takaful untuk kau sekeluarga. Kau tidak tahu bila kau akan ditimpa muhibah.

Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Buat tabung berwarna hijau dan oren untuk memupuk sikap suka menabung.

6. Buat Bajet Kewangan Keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru kau tahu ke mana aliran wang kau pergi. Bajet kewangan penting untuk kau mengatur kewangan keluarga kau. Senaraikan barang nak beli, semasa mahu ke pasar raya. Jadi kau tidak akan beli benda yang tidak sepatutnya.

7. Jangan Ada Banyak Kad Kredit

Kad kredit tak payah ada sampai tiga empat. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Bukankah sweet kad kredit isteri guna pastu isteri tolong bayarkan? Eh. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau kau bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

 

Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan.

 

Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan. Lebih baik simpan duit untuk perbelanjaan yang lebih penting. Jangan ikut hati sangat semasa berbelanja. Kalau suami kau jenis boros, nasihat la sikit. Kalau tak jalan jugak, cuba azankan sikit. Begitu juga sebaliknya.

Akhir kata, kau boleh elakkan ekonomi kewangan kau bertambah barai. Berpada-padalah dalam berbelanja. Rancang kewangan keluarga kau dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah, “belanja cermat, poket selamat”. Kah!

 

Sumber artikel disini