FAQ

Bagaimana untuk menempah pengesahan slot tarikh & masa majlis pertunangan/pernikahan/perkahwinan saya?

Tempahan diambil berdasarkan “first come, first serve basis”. Planet Pengantin tidak boleh memegang tempahan anda tanpa pembayaran untuk Tempahan Tarikh Majlis iaitu sebanyak 30% daripada jumlah harga atau RM1,000 bagi pakej yang melibatkan katering. Tempahan adalah rasmi sebaik sahaja Planet Pengantin telah menerima pembayaran daripada pihak pelanggan sepenuhnya.

Apakah liputan kawasan penghantaran, pemasangan dan perkhidmatan Planet Pengantin?

Kos Penghantaran untuk lokasi yang meliputi 30km dari Prima Saujana, Kajang adalah PERCUMA. Kos tambahan akan dikenakan jika majlis berada di luar liputan kawasan mengikut jarak perjalanan, tol dan sebagainya.

Adakah Planet Pengantin menyediakan sesi percubaan untuk Solekan?

Ya, di mana Planet Pengantin menyediakan khidmat solekan secara percuma. Akan tetapi bayaran RM150.00 sebagai pendahuluan akan dikenakan untuk menampung kos bahan solekan. Lokasi untuk sesi percubaan adalah bertempat di Butik Planet Pengantin melalui temujanji.

Bolehkah saya berjumpa pihak Planet Pengantin di mana-mana selain di butik untuk berbincang mengenai majlis saya?

Boleh, kami amat mengesyorkan anda bertemu dengan kami untuk berunding dan membincangkan mengenai citarasa, warna, gaya dan tema majlis  anda. Tidak perlu temujanji, boleh hubungi (016-212 5043) atau email kepada (nurul@planetpengantin.com).