Terma & Syarat

Berikut merupakan terma & syarat Planet Pengantin bagi memastikan perancangan majlis yang akan datang dapat berjalan dengan lancar :

1. Tempahan & Pembayaran

A. Tempahan Tarikh Majlis: 

1) Pembayaran untuk tempahan Tarikh Majlis adalah sebanyak RM1,000 (untuk pakej yang merangkumi katering sahaja) atau 30% dari Jumlah Keseluruhan.

2) Jika berlaku sebarang pembatalan iaitu enam (6) bulan sebelum dari Tarikh Majlis, hanya 50% dari jumlah bayaran yang telah dibuat untuk tempahan Tarikh Majlis akan dipulangkan.

B. Pembayaran Deposit: 

1) Pembayaran Deposit sebanyak 90% dari Jumlah Baki hendaklah dibuat sebelum 30hari dari Tarikh Majlis.

2) Jika berlaku sebarang pembatalan iaitu selepas pembayaran Deposit telah dibuat, hanya 20% dari jumlah pembayaran Deposit akan dipulangkan.

3) Jika pihak kami tidak menerima pembayaran Deposit penuh dari pihak pelanggan, tempahan secara automatik dianggap batal dan pembayaran tempahan Tarikh Majlis yang telah dibuat tidak akan dipulangkan.

C. Pembayaran Baki:

1) Pembayaran Baki hendaklah dijelaskan sebelum atau pada hari Majlis.

2. Pemasangan Pelamin

  • Planet Pengantin akan membuat pemasangan Pelamin sama ada di Rumah, Dewan atau Hotel di waktu malam sebelum majlis pada keesokan harinya. Urusan kebenaran oleh pihak Dewan / Hotel, hendaklah diselesaikan oleh pelanggan sebelum tarikh pemasangan bagi mengelakkan sebarang kelewatan pemasangan pelamin.

3. Foto

  • Planet Pengantin berhak menggunakan foto pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi yang berkaitan seperti memuat naik gambar solekan, pelamin, busana, majlis berlangsung dan lain-lain.

4.  Pemulangan

  • Pelanggan dikehendaki memulangkan barangan seperti busana, aksesori dan lain-lain yang berkaitan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1-2 hari dari tarikh majlis. Ini kerana, kami memerlukan masa untuk penghantaran ke dobi dan pengggunaan barangan tersebut untuk majlis dalam minggu yang seterusnya.

Leave a Reply