The MOPP (Moslem Outfit by Planet Pengantin)

The MOPP

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..terlebih dahulu kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka dapat kami melancarkan busana rekaan kami sendiri demi memenuhi permintaan para pelanggan kami yang menginginkan busana muslimah untuk dijual sesuai untuk penggayaan pelbagai majlis. Setelah brainstorming di kalangan team kami, maka lahirlah “The MOPP” yang membawa maksud Moslem Outfit by Planet Pengantin sebagai brandname koleksi busana kami.

Alhamdulilah..koleksi Ariana & Arissa Dress (sempena nama kedua-dua anak perempuan ladyboss kami) adalah yang pertama diilhamkan untuk pelanggan kami yang menggemarkan potongan loose, rona pastel dan material kain yang tidak melekat pada badan. Ia sesuai digayakan untuk para pelanggan yang menjadi bridesmaid atau untuk digayakan di waktu majlis Tunang, Nikah dan Sanding.

The MOPP (Moslem Outfit by Planet Pengantin) 

The MOPP

Koleksi Ariana Dress

Busana Ariana
Koleksi Dress Ariana

Koleksi Arissa Dress

Busana Arissa
Koleksi Dress Arissa

Leave a Reply