Raikan Cinta Sepanjang Hayat, Bukan Sekadar Raja Sehari

Your cart is currently empty.

Ini Cara Daftar QR Code MySejahtera Untuk Daftar Tetamu Majlis Kenduri Perkahwinan

September 2020 | Azhar Azmi

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  kerajaan telah melonggarkan banyak perkara termasuklah kembali membenarkan penganjuran majlis sosial seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri dan sebagainya.

Namun antara SOP yang diwajibkan kepada penganjur majlis adalah menghadkan seramai 250 untuk satu-satu masa selain menjaga penjarakan fizikal dengan sekurang-kurang 1 meter mengikut kesesuaian tempat.

Namun sebagai penganjur anda digalakkan untuk merekodkan kehadiran tetamu sebagai langkah keselamatan dalam memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan kontak rapat sekiranya terdapat kes jangkitan COVID-19 di tempat berkenaan.

 

Jadi bagaimana cara mudah untuk merekodkan kehadiran tetamu selain dari menggunakan teknik manual yang sangat tidak digemari oleh mana-mana orang?

Gunakan MySejahtera!

Ya ! Gunakan MySejahtera. Menurut MyGCC anda dibenarkan untuk mengunakan aplikasi mysejahtera bagi tujuan pendaftaran tetamu ke majlis sosial anda.

 

Jadi bagaimana caranya ? Ikuti perkongsian kami di bawah :

#1 Layari laman web MySejahtera

Layari lawan web https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/

#2 Masukkan nombor anda

Masukkan nombor telefon anda bagi pengesahan kod OTP diikuti, tandakan kotak disebelah ” I’m not a robot” dan tekan butang ‘Register’.

Untuk bahagian ini, dan mempunyai dua pilihan untuk mengesahkan identiti. Pertama adalah melalui nombor telefon dan keduanya adalah melalui E-mail.

#3 Masukkan OTP yang diterima

Masukkan Kod OTP yang telah dihantar ke nombor telefon anda. Diingatkan OTP anda hanya sah dalam tempoh 5 minit sahaja

#4 Isikan segala maklumat majlis

Masukkan maklumat majlis anda seperti nombor telefon, nama majlis dan alamat majlis diadakan. Untuk nama majlis letakkan di ruangan business name/nama bisnes seperti dibawah . Sebagai contoh kami menggunakan ‘ Majlis Perkahwinan Salmah & Ramlee ‘

#5 QR Code Siap Disediakan

Selesai sudah! Anda akan terus menerima QR Code anda . Anda boleh memilih untuk download terus, print atau simpan salinannya ke email anda.

 

Kod QR ini perlu dipaparkan di ruangan luar atau didalam lokasi sebelum tetamu melangkah masuk.

Jangan lupa untuk semak suhu keluarga dan tetamu anda juga serta pastikan kesemua mereka mematuhi SOP. Tanggungjawab terletak di tangan anda.

 Sumber: buzzkini

2 comments
  • XNJKrxfSUQ

    hiqkSBlFgUeAzRG

  • DZnjFkmoKUrEIYuz

    rltEuNHmyMVbURpe

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

translation missing: en.general.search.loading